Monday, June 15, 2020

RESEPI SIAKAP 3 RASA MUDAH MASAK

Hari ini ida nak kongsikan resepi yang mudah dan senang untuk masak, newbie yang macam ida, nak berlajar masak boleh guna resepi mudah ini. Confirm sedap!

Sediakan bahan basah dan kering;

1)Ikan siakap
2)Sos masam manis jenama Life












3)Bawang putih + bawang merah kecik + bawang Holland + halia

4)Kalau suka boleh letak cili benggala + nenas 
5)Minyak masak
6)Air masak
7)Garam secukup rasa

Step by step;

Sediakan kuah,
1) Sediakan bahan bahan kering, kupas dan potong bahan kering tersebut. Potong kecik kecik dan halus halus.
2)Masuk minyak sikit untuk tumis bawang putih + bawang merah kecik + halia sampai naik bau. (korang akan bau ye lah)
3)Masukan sos masam manis jenama Life sekali dengan bawang holland.
4)Masukan air masak sedikit untuk cairkan sos dan letak garam.
5)Kacau dan rasa. Kalau rasa tak ok, adjust. Letak air ker, tambah garam ker, tambah sos ker. Tu jer adjust, jangan adjust melampau lampau nanti tak sedap. Apa apa pon, lepas adjust terus rasa sebelum tambah apa apa.
6)SIAP!

Masak ikan,
1)Beli ikan yang dah siap siang sekali. Seram dengan air dan bersihkan.
2)Masukan minyak agak agak terngelam ikan itu nanti, kalau boleh tengelam semua atau tengelam separuh.
3)Masukan ikan slow slow, api sederhana sahaja untuk dapatkan ikan kita garing, jangan kuat boleh hanggus dan jangan pelahan nanti lambat masak.
4)Agak agak dah nampak kulit tu masak, terbalikan.
5)SIAP!

Masa nak makan, baru cuah kuah atas ikan tadi.

Tips untuk masak ini senang je, ida selalu buat macam ni

"masak lah dengan penuh rasa cinta, ikhlas, dan doa harap jadi, harap sedap, doa sepanjang masak tu, potong bahan pon doa, selawat zikir, masa cuci ikan tu ida akan selawat 3kali dan niat untuk keluarga makan"


Ida,
Becoming the best version of me
LOve

No comments:

BUKU BACAAN TERBAIK